1. Sila semak nama anda dlm senarai CCRIS di Bank Negara Malaysia. Ini penting krn jika nama anda ada dlm senarai, anda langsung tidak layak membuat pinjaman di mana2 bank.
2. Pastikan anda mempunyai kerja tetap mestilah sekurang2nya telah sah jawatan oleh pihak majikan (lazimnya 6 bulan bekerja). Pastikan anda juga pencarum KWSP. Jika anda tidak mencarum, anda langsung tidak layak.
3. Sekiranya anda seorang ahli perniagaan (bekerja sendiri), sila pastikan anda ada penyata akaun semasa atas nama syarikat anda. Jika anda hanya ada penyata akaun semasa atas nama personal anda, sukar mendapat kelulusan bank. Sila juga pastikan anda mempunyai akaun cukai LHDN.
4. Semak kelayakan jumlah pinjaman perumahan dgn mana2 bank, sebaiknya bank yg pernah ada rekod pinjaman. Jika anda tiada rekod apa2 pinjaman, kemungkinan besar anda tidak layak langsung!
5. Setelah mengetahui had kelayakan pinjaman, pastikan anda ada dlm tangan / simpanan deposit 10% dari harga rumah yg anda layak. Pastikan juga anda cukup untuk membayar caj lawyer utk SPA dan duti stem.
6. Jika anda ikuti langkah 1-5, anda sudah dpt mulakan pencarian rumah2 yg sesuai dgn kelayakan pinjaman anda. Tips, senaraikan lokasi / rumah yg anda ingin beli mengikut kehendak anda samada utk tinggal sendiri / pelaburan. Pastikan anda tahu lokasi di mana letaknya rumah tersebut barulah anda mulakan pencarian anda. Ini utk mengelakkan anda penat dan jemu dlm usaha pencarian.
7. Hubungi ejen hartanah yg menjual rumah2 di lokasi yg anda mahu. Kelebihan menghubungi ejen hartanah ialah anda tidak perlu berhubung dgn penjual rumah secara langsung dan ejen hartanah dapat membantu anda mencari rumah yg mengikut budget dan kesesuaian anda.
8. Sekiranya anda sudah berkenan dgn rumah tersebut, anda perlu membayar booking yg lazimnya berjumlah 3% dari harga rumah yg dipersetujui. Selepas itu anda perlu melantik peguam utk menyediakan dokumen perjanjian jual beli (Sale & Purchase Agreement SPA). Dalam masa 15 hari waktu bekerja anda perlulah bersedia dgn baki 7% deposit dan menandatangani SPA.
9. Dalam tempoh sblm menandatangani SPA, anda sudah memohon pinjaman di bank. Minta bantuan dari ejen hartanah utk menguruskan dgn pihak bank. Ejen hartanah lazimnya mempunyai connection dgn byk bank. Pra-kelayakan anda sudah dpt diketahui dlm tempoh 7 hari selepas dokumen lengkap dihantar kpd bank.
10. Surat tawaran (Letter of Offer) dari pihak bank sedia ditandatangani dlm masa sebulan selepas pra-kelayakan (mungkin lebih bergantung kpd bank). *Nota: Masa yg diberi utk menandatangani SPA (15 hari waktu bekerja) bukanlah masa yg diberi utk memastikan pinjaman anda lulus atau tidak. Ini kerana anda sbg pembeli haruslah bertanggungjawab utk menyemak kelayakan pinjaman anda sebelum anda mula menyatakan hasrat utk membeli rumah. *Lihat langkah 1 semula. Kegagalan anda mendapat pinjaman bank bukanlah tanggungjawab ejen hartanah atau pihak bank tetapi tanggungjawab anda sebagai pembeli utk memastikan anda layak utk membuat pinjaman.
11. Selepas anda tandatangan Letter of Offer bank, anda perlulah berurusan dgn peguam utk mendapatkan nasihat prosedur guaman. Hubungi peguam yg berpengalaman luas dlm urusan jual beli hartanah dan boleh dipercayai. Jika anda was-was, sila minta bantuan dari ejen hartanah kerana mereka byk berurusan dgn peguam2 yg cekap dan dipercayai dlm urusan ini.
Sekian, terima kasih.
*Pemilik hartanah dialu-alukan untuk menyenaraikan hartanah untuk dijual kepada:-
Shariza Othman
Perunding Hartanah Berdaftar
REN No. 000173
REN No. 000173