Saturday, October 17, 2015

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU




1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku?

+ Syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku adalah seperti berikut:

+ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;

+ Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;

+ Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;

+ Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.

+ Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan

+ Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.

+ Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.

Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.

2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan rumah Selangorku?

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ atau muat turun borang permohonan di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my.

3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah Selangorku?

Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang permohonan:-

+ Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;

+ Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;

+ Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;

+ Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;

+ Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;

+ Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;

+ Penyata KWSP (jika ada); dan

+ Salinan bil air atau bil elektrik.

4. Berapakah harga rumah Selangorku?

Harga rumah Selangorku adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

5. Berapakah keluasan rumah Selangorku?

Keluasan rumah Selangorku adalah di antara 750 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.

6. Dimanakah lokasi rumah Selangorku yang boleh dipohon?

Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my.

www.ringgithartanah.blogspot.my

SENARAI PROJEK RUMAH SELANGORKU.



No comments:

Post a Comment