Friday, November 27, 2015

TUGAS DAN PERANAN PERUNDING PEMBANGUNAN HARTANAH


Bagi kebanyakan projek, peranan perunding pembangunan adalah memberi panduan kepada pemaju dan perunding lain (arkitek, jurutera, juruukur, dll) dan kontraktor melalui lima langkah proses pembangunan hartanah.

Dalam fasa pertama, perunding pembangunan membantu pemaju membina 'pasukan' pembangunan, mengenalpasti sasaran dan objektif pembangunan, mengenalpasti jenis hartanah untuk dibangunkan dan mengenalpasti konsep asas bangunan.

Semasa fasa kedua, perunding pembangunan bekerjasama dengan pemaju bagi mengenalpasti kebolehlaksanaan projek. Fasa ini lazimnya membantu pemaju termasuklah mengenalpasti pasaran/keperluan/analisis permintaan, rekabentuk awal, bajet operasi dan modal permulaan, dan kelulusan zoning/pembangunan. Matlamat fasa ini adalah untuk membantu pemaju menentukan samada projek patut diteruskan ke fasa seterusnya.

Setelah kebolehlaksanaan telah ditentukan, fasa ketiga adalah pra-pembinaan. Penentuan fasa ini adalah langkah utama bagi pemaju kerana pada fasa ini melibatkan pembelanjaan modal bagi membayar perkhidmatan arkitek dan jurutera. Semasa fasa ini juga, perunding pembangunan juga membantu pemaju menentukan pemilihan kontrak pembinaan. Fasa seterusnya adalah menentukan bajet kos modal, memuktamadkan perjanjian, dan mendapatkan kelulusan yang diperlukan bagi meneruskan dengan pembinaan.

Fasa keempat adalah pembinaan. Semasa fasa ini, perunding pembangunan terlibat dalam mesyuarat pembinaan, membantu pemaju menyelesaikan masalah/isu berbangkit ketika pembinaan, mengambilkira kos projek keseluruhannya, dan menguruskan pinjaman dari institusi perbankan bagi pembinaan. Bergantung kepada jenis projek, perunding pembangunan juga perlu menguruskan proses pemasaran/pra-penjualan.

Fasa terakhir dalam proses pembangunan ialah membantu pemaju dengan mewujudkan pengurusan harta secara berterusan, penyerahan unit siap, dan memuktamadkan kos modal projek.

Disebabkan pembangunan hartanah melibatkan fasa yang berterusan, di mana setiap fasa adalah bagi 'membina' asas untuk fasa seterusnya, maka perunding pembangunan perlu dilantik seawal yang boleh. Samada keputusan dibuat ataupun tidak pada peringkat awal dalam proses pembangunan, boleh memberikan kesan besar di kemudian hari. Kesedaran tentang kebolehlaksanaan ini adalah skil yang terdapat pada perunding pembangunan yang berkelayakan.

'Jikalau anda fikir adalah mahal untuk mengupah profesional melakukan kerja ini, tunggu sehingga anda melantik amatur'.

Artikel keseluruhannya ditulis oleh Kastes Planning and Development.

#ringgithartanah

No comments:

Post a Comment