Tuesday, August 19, 2014

FREEHOLD VS LEASEHOLD VS RIZAB MELAYU



"Saya mahu beli rumah tetapi saya mahu rumah FREEHOLD sahaja!" 

Ini adalah antara dialog yang sering penulis dengar dari bakal-bakal pembeli yang sering menghubungi penulis yang bertanyakan tentang rumah yang mahu mereka beli dari pasaran hartanah di sekitar Lembah Kelang. Apakah reaksi penulis? Di bawah antara persoalan yang bermain di fikiran penulis setiap kali mendengar dialog di atas:-

 1. Oh mesti bakal pembeli seorang yang bergaji besar sebab itu beliau mahu rumah FREEHOLD! Berapa umur beliau agaknya ya?

2. Berapa budget harga rumah yang beliau mahu untuk rumah FREEHOLD? 

3. Encik bekerja di syarikat apa?

4. Berapa gaji bersih setelah tolak EPF, SOCSO dan lain-lain?

5. Di kawasan mana bakal pembeli mahu untuk mendiami rumah FREEHOLD? 

6. Adakah beliau berminat untuk rumah FREEHOLD RIZAB MELAYU?

--------------------------------------------------------------------------------------
Kebiasaanya penulis akan menapis calon pembeli berdasarkan soalan-soalan di atas untuk memastikan calon benar-benar layak untuk memohon pinjaman tidak semestinya untuk hartanah FREEHOLD sahaja.  Berikut adalah jawapan yang diperolehi penulis setelah persoalan di atas dikemukakan kepada bakal pembeli tersebut:-

 1. S (Soalan): Berapa umur encik? Adakah ini rumah pertama encik?
J (Jawapan): Ini rumah pertama saya. Saya baru bekerja dan berumur 25 tahun.

2. S: Berapa budget harga rumah yang encik mahu untuk rumah FREEHOLD? 
J: Budget dalam lingkungan RM200,000 hingga RM300,000.

3. S: Encik bekerja di syarikat apa?
J: Saya bekerja sebagai ******* dengan kontrak selama 2 tahun.

4. S: Berapa gaji bersih setelah tolak EPF, SOCSO dan lain-lain?
J: Gaji bersih dalam lingkungan RM2,600/bulan.

5. Di kawasan mana encik mahu untuk mendiami rumah FREEHOLD? 
J: Saya mahu rumah FREEHOLD di kawasan sekitar KL dan Shah Alam. 

6. Adakah encik berminat untuk rumah FREEHOLD RIZAB MELAYU?
J: Saya tidak mahu rizab melayu kerana susah untuk dijual semula di kemudian hari.


Setelah meneliti jawapan calon pembeli, ini adalah jawapan penulis sebagai perunding hartanah:-

1. Umur anda terlalu muda untuk memiliki sebuah hartanah tidak kira FREEHOLD atau LEASEHOLD kerana kebanyakan kes lelong oleh peminjam berusia muda disebabkan gaji agak rendah dan ketidaktetapan pekerjaan.

2. Untuk hartanah FREEHOLD lingkungan harga rumah kebiasaannya bermula dari RM400,000.

3. Status pekerjaan kontrak TIDAK LAYAK untuk memohon pinjaman.

4. Ansuran bulanan bagi rumah berharga RM400,000 dengan margin pinjaman 90% selama 30 tahun adalah RM1,800/bulan. Gaji bersih calon sebanyak RM2,600 TIDAK LAYAK kerana telah melepasi had kelayakan mengikut DSR (Debt Salary Ratio).

5. Nilai pasaran hartanah kawasan FREEHOLD di Lembah Klang terlalu tinggi. Di Shah Alam sahaja kebanyakan rumah adalah LEASEHOLD kerana tanah Kerajaan Negeri.

6. Jangan memilih dengan bersikap tidak mahu rumah rizab melayu. Kemampuan calon yang rendah seharusnya sedar sikap memilih akan membuatkan calon tidak mampu langsung membeli rumah di Lembah Klang.

Saya memberi merit berdasarkan jawapan calon di atas sebagai TIDAK LAYAK membeli rumah FREEHOLD berdasarkan pendapatan beliau.


*Moral of the story: Rumah pertama pun, usah bersikap memilih. Tidak rugi memiliki rumah LEASEHOLD yang kebanyakan harganya mampu milik. Rumah FREEHOLD sekalipun ada 'expiry date' ketahanan bangunan tersebut sehingga maksimum 50 tahun sahaja dan perlu 'refurbish' semula. Pentingnya lebih baik ada rumah sendiri daripada menyewa sekalipun rumah LEASEHOLD. Masih memilih lagi? Harga rumah makin naik bukan makin turun. SELAMAT BERJAYA MEMILIKI RUMAH IMPIAN ANDA! 

Untuk senarai hartanah baru untuk dijual, sila klik ---> SINI

No comments:

Post a Comment