Saturday, August 16, 2014

PERMINTAAN RUMAH KEDIAMAN DI LUAR BANDAR


Sektor hartanah di luar bandar telah berkembang pesat disebabkan sebahagian besar penduduk Lembah Kelang yang kurang berkemampuan memiliki rumah di pusat bandar kerana harga pasaran yang meningkat saban tahun.

Mereka adalah anak-anak tempatan yang mempunyai ibu bapa di kampung dan berhasrat memiliki rumah kediaman di tempat kelahiran / kampung sendiri.

Kebanyakan status tanah di luar bandar adalah Rizab Melayu. Maka sudah tentulah harga tanah tidak terlalu tinggi dan kos pembinaan rumah juga masih dapat dikawal kerana kebiasaanya bahan binaan seperti pasir, batu, bata, simen, kayu dan besi diperolehi dari kawasan setempat.

Mengikut tinjauan penulis di beberapa negeri, anggaran harga pasaran hartanah baharu yang dijual pemaju adalah seperti berikut:-

1. Rumah teres satu tingkat bermula dari RM198,000/unit

2. Rumah teres dua tingkat bermula dari RM260,000/unit

3. Rumah berkembar satu tingkat bermula dari RM280,000/unit

4. Rumah berkembar dua tingkat bermula dari RM350,000/unit

*Anggaran lot tanah bermula dari 20' x 70' dan saiz bangunan dari 1,000 kaki persegi.


Untuk memiliki sesebuah aset seperti rumah, pilihan adalah terletak di tangan anda. Penulis menyarankan agar bakal-bakal pembeli segera memiliki rumah sebelum cukai GST dikenakan awal April 2015.

Lokasi? Luar bandar atau di pusat bandar? Pilihan di tangan anda.

*Ingin menjual rumah anda? Sila email maklumat atau Whatsapp ke 0192971381.

No comments:

Post a Comment