Thursday, November 26, 2015

SKOP KERJA PERUNDING PEMBANGUNAN HARTANAH

Dengan bekerja bersama-sama, pemilik syarikat dan perunding pembangunan menjadi "pemaju" bagi projek hartanah. Sementara pemilik syarikat bertanggungjawab bagi membuat keputusan, perunding pembangunan bertanggungjawab menguruskan proses keseluruhan pembangunan, mengkordinasi kerja pasukan pembangunan, berkhidmat sebagai 'central point' untuk komunikasi dan membuat keputusan dan menyediakan khidmat nasihat kepada pemilik. Tambahan lagi, perunding pembangunan mengambil beberapa tugas spesifik, samada secara sendiri atau bekerja bersama perunding lain. Skop kerja ini termasuklah:-

a) Menyelia penyediaan program pembangunan dan pelan konsep
b) Melaksanakan analisis pasaran/keperluan/permintaan
c) Mengenalpasti, menilai dan membantu dalam perundingan perolehan harta
d) Membantu dalam rekabentuk projek (dari perspektif pasaran dan bajet)
e) Menyediakan bajet modal dan kos operasi
f) Membantu dalam kelulusan 'zoning' dan kelulusan lain dalam pembangunan
g) Menyediakan permohonan bagi bantuan dari agensi kerajaan
h) Menyediakan bahan pemasaran dan mengkordinasi proses pemasaran/permohonan/pra-pajakan/pra-jualan
i) Menyediakan permohonan dan berunding terma pinjaman
j) Mengkordinasi kaedah perolehan dan kontrak pembinaan
k)Mengambilkira ke semua kos projek
l) Membantu dalam pengurusan harta

Oleh kerana setiap projek adalah unik, agak sukar bagi menyenaraikan tugas perunding pembangunan secara terperinci. Malah, perunding pembangunan adalah pihak yang paling banyak terlibat dalam peringkat awal dalam proses pembangunan. Senarai tepat bagi tugas adalah mustahil untuk diketahui sehinggalah proses pembangunan telah berjalan dan skop penuh projek tersebut diketahui.

*Memerlukan khidmat nasihat perunding pembangunan? Kami sedia membantu.

Shariza Othman
Perunding Pembangunan Hartanah
0192971381

#ringgithartanah

No comments:

Post a Comment