Tuesday, December 8, 2015

KESILAPAN YANG DIBUAT DALAM MELETAK HARGA JUALAN TANAH

Ramai broker / pemilik tanah yang sembrono meletak harga jualan tanah mereka. Bahkan tidak menyemak harga pasaran dengan penilai berdaftar.

Walaupun tanah pertanian itu terletak dalam zone bangunan kediaman, perniagaan atau industri, tetapi harga tanah pertanian masih kekal harga pertanian.

Seperti contoh, bagi tanah pertanian zone perniagaan, harga jualan mestilah dalam julat harga pertanian kerana premium tanah itu tidak pernah dibayar menjadi lot perniagaan. Maka, harganya tidak mungkin bersamaan dengan harga tanah lot perniagaan walaupun terletak dalam zone perniagaan!

Inilah natijahnya apabila ada orang bagi 'ajaran sesat' kepada pemilik tanah. Sudahnya harga melambung tinggi dari pasaran. Tugas saya pula membetulkan pemahaman mereka.

Yang kesiannya apabila tengok pemilik tanah yang sudah uzur menunggu masa merasa hasil tanah yang masih belum terjual!

Apa-apa bidang kerja yang kita buat, pastikan ada ilmu supaya tidak sebar 'ajaran sesat' kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment